Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

salam MaaL Hijrah 1431H....

alhamdulillah...kita melangkah lagi ke tahun baru.....dengan harapan lebih baik dari tahun2 sebelum2 nie ...x kiralah dari aspek apa sekalipun.....itulah yang mungkin setiap org berharap..termasuk lah diriku.....

tahun lepas meninggalkan banyak pengalaman dan pengajaran dalam pelbagai rasa ...pahit...manis...kelat(hehe)...namun semua tu dah pun di tempuhi..alhamdulillah.....

tahun baru ini...aku mengharapkan yg baik2 sahaja.....kalau ada cabaran dan dugaan datang...harapnya dpt di tempuhi dgn redha dan bersyukur...semoga..dapat aku memperbaiki diri dari masa ke semasa...segala kekurangan...harapnya dpt di tingkatkan....

penutup tahun lepas amat mengembirakan diriku...pasal apa ye....bingo....tepat sekali tekaan anda...(kalau anda teka lah)....jawapannya....keputusan peperiksaan.....alhamdulillah....walaupun tersasar sedikit..tp aku amat bersyukur...apa yang aku dapat....3.27.....thanks god......memang x sangka....targetnya...nak lah menggapai DL....tp x tercapai....x de rezeki....but...itu tidak mematahkan semangat aku untuk berjuang....(berkobar2 nie)...sem depan akan ku cuba lagi...semoga termakbul impian ini....sesungguhnya..aku amt berpuas hati dengan usaha aku....mungkin ada kekurangan....tp semua itu akan di perbaiki...insyaallah......

setinggi ucapan terima kasih buat sahabat2 yg membantu dan menyokong aku....terutamanya saudara syamin...hehe...x sia2 study sama2...yg lain...min....paan...raja...sherifa...fad..iza...dan sape2 lah yg dah berkongsi ilmu dgn aku...hehe..next sem kita buat study group lg....

hope next sem...aku harap aku dpt result lagi baik....Amin ...=)....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ATIQAH 2009 GIVEAWAY

SALAM...

terpanggil aku utk menyertai perkara ini...


syarat- syarat...


1. Wajib menjadi follower kedua-dua blog saya iaitu di 
-----done----

2. Letak link kedua-dua blog saya di blog list anda.

----done----dah lama ada kat blog hamba....

 
3. Letak banner di atas di sidebar anda dan letakkan link http://pepelungu.blogspot.com di banner tersebut.

----done-----

4. Post entri tentang giveaway ini dan letak tajuk ATIQAH 2009 GIVEAWAY. Di dalam entri tersebut harus ada banner di atas dan syarat-syarat ini.

----done------

5. post di bahagian komen entri ini jika anda sudah sertai. sertakan nama panggilan dan link site anda.

-----done-----

6. pemenang akan dipilih secara rawak.

---- hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari raya aidil adha....

kepada semua umat islam...selamat menjalani ibadah korban...semoga segala2 nya berjalan dengan lancar....tabahkan lah hati menghadapi segala ujian dan dugaan...semoga ada hikmah di sebaliknya...

kenapa aku x tido lagi...hurmmm,,,walaupun badan penat..tp mata aku masih segar lagi....x tau la nak tido bila...dalam rumah nie ..sume dah tido....esok..byk tenaga nak guna...utk apa???majlis pertunangan my sister....x sangka sungguh....dah nak bertunang kakak ku...( aku????belum lg....hehe..x pernah pikir lg...)

harap semua berjalan lancar....Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Personality Tests....

salam...nie namanya xde keje nak buat....hehe..terjumpe plak "benda ni" ketika membaca blog salah sorang lecturer ku iaitu miss fisha...(miss...saya ambik dr blog miss...teringin nak cuba..)hehe..maka aku pun menjawab la soalan2 yg di beri...hasilnya...baca la kat bwh ye,,,

1) Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

(ini mmg btol lah....di akui mmg agak lurus and merendah diri...sbb hanya diri aku yg tau apa yg aku mampu buat....."problem solver" ..erm..selalu jugak la...x tau la...mungkin aku suka utk jd pendengar yg baik..dan cb utk selesaikan mslh yg timbul.....(sifat ni byk kali aku jupe dalam tafsiran melalui tarikh lahir, bulan kelahiran, juga pakar2 motivasi..hehe...termsk jugak classmate aku "paan"...pun ada bg tau aku pasal nie...x caya..???bleh tanya dia...)


2)The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

(yang nie...no komen...aiseh....hehe..may be la kot...belum jumpe lg...) 


3)Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

(may be yes may be not.....it seem complicated....mungkin ada la skit...tp buat masa nie blum lg....hbskan dulu study...dpt kerja...establish skit....br pikir yg nie...tp kalau dah sampain ketentuan....ikut je la...)


4) The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

(ini mmg btol....kalau bleh x nak buang masa dgn yg x berapa suka..coz..x nak bg harapan...so..I'm sorry to who are in this situation...sorry...sorry...sorry...kalau jumpe yg btol2 sesuai...insyaallah....=) )


5) Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

(sudah semestinya...that why la..aku msh lg menyambung study ku...semoga dapat capai yg terbaik utk masa depan ku...Amin)


6)The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

(salah satu impian ku pd masa dpn...of course nak dptkan job yg selaras dgn income...oleh kerana agak "kebendaan" maka...aku impikan kerja yg bagus2 la...hope ilmu ku cukup utk dptkan kerjaya yg di idamkan....)
 
7) How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

(yang nie...lemah skit...aku x ckp confident dgn apa yg mampu aku buat....lantaran itu...(terskema plak)..aku sedaya upaya lah meninggikan tahap keyakinan aku....supaya aku bleh buat apa shj tanpa ada yg menghalang....)
 
8) What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

(haha..mungkin la...akan ku cuba....)
 
9) Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.

(setuju....utk ayat yang ke 2& 3......ayat 1...masih samar2 lg...masih mencuba...terus mencuba.....x kan putus as....chaiyok2...)



SO inilah jwpnnya......RASA NAK CUBA?????
sila lah lah layari link ini....personality tests

semoga berjaya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BaCa & MenaNg...... mari2...rebut peluang ini....

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang !!!!

anda suka membaca??? rebut lah peluang sementara masih ada...anda membaca dan berpeluang menang hadiah2 menarik dr PTS.... INGIN MENYERTAI???? BAGAIMANA???? sila layari web ini utk makluman lanjut.....BACA & MENANG (PTS)......

antara syarat:

1) Peraduan ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah. Ia juga terbuka kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini bermaknanya, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini.

2)
Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

senang kan???? apa yg anda berpeluang utk dapat....

1) Antara hadiah yang menanti mereka ialah telefon bimbit jenama Nokia dan Sony Ericson, PSP, PS2, iPod, Nintendo, kamera digital, netbook, dan lain-lain.

2) Selain itu, setiap pemenang hadiah mingguan turut akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang.

3) pemenang hadiah utama:
- barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000.
-Apa yang menarik, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.

dan banyak lagi......boleh bc sendiri dkt web ini: http://pts.com.my/index.php/peraduan/

so...ape lg...rebut lah.....


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

so..pendapat aku...mmg kempen yang bagus untuk cuti2 sekolah nie....mengisi masa yang terluang dengan perkara berfaedah.....cthnya membaca.......

p/s : thanks to PTS utk sumber info....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS




sahabat

salam..pembuka bicara...jam pd ketika ini menunjukkan angka 3.30 pg.hehe..tatkala org lain enak di buai mimpi, diluar hujan lebat tidak berhenti...aku pulak berjaga di dinihari...
ada perkara ingin di kongsi...sekadar megosongkan dada yg sesak, minda yg serabut ini...
entri kali nie aku nak bercerita ttg satu topik yg sangat popular iaitu "sahabat"..sekali lg topik ini di utarakan..rasanya aku pernah menulis tenteng ini di awal entri blogku...x pe lah...ini cerita lain pulak...





(1)

kenapa setelah bersahabat dalam tempoh yg agak lama, tiba2 boleh berlaku pertelingkahan, x puas hati, cakap2 belakang, saling memendam dan bila tercetus...impaknya begitu besar sekali sehinggakan tidak boleh bertegur atau bertemu..walhal pernah menjadi sahabat yg sangat rapat...boleh di kategorikan sahabat sejati...macam mana perkara sedemikian boleh terjadi...seharusnya persahabatan yang terbina begitu lama senang di uruskan..dalam erti kata lain, sekiranya terbitnya konflik, mudah di selesaikan kerana kita sudah masak dengan karekter masing2...tp sebaliknya berlaku dan memerlukan pihak ketiga untuk di selesaikan...segala2- galanya terserlah di saat akhir (karekter)...biasanya karekter menjadi kontra dari kebiasaannya si sahabat pernah kenali...timbul persoalan di benak fikiranku...tidak cukupkah masa persahabatan itu terbina untuk mengenali sifat2 seseorang? ini merujuk kepada persahabatan yg sangat akrab...adakah faktor situasi menyebabkan rakan @ sahabat boleh berubah perilaku dalam sekelip mata sehingga tanpa di sedari mengores hati pihak yg satu lg?...kadang2 aku terfikir ...kenapa bila terlalu rapat...bnyk pulak pertelingkahan yang timbul ...kadang2 penyebabnya hanya lah suatu perkara yg kecil...terlalu sensitif ke bila kita terlalu rapat???

( aku tinggalkan persoalan ini untuk di fikirkan dan di jawab sekiranya ada yang membaca)





(2)

cerita seterusnya...masih lagi berkisar tentang sahabat...tetapi berlainan jantina...persoalan yang ingin ku utarakan...kenapa apabila perempuan bersahabat dengan lelaki (bestfriend) di salah ertikan/di salah pahamkan sebagai benda lain.ala couple.... sedangkan hubungan yang wujud tidak lebih dari seorang kawan...kalau suka pun suka sbg kawan, kalau sayang sekalipun...sayang itu tetap menjadi sayang kawan dengan kawan...begitu juga kalau ambil berat, marah, geram dan sewaktu dengannya...bg aku tidak ada bezanya dengan bestfriend perempuan..itu pendapat aku la....pendapat orang lain akan jd lain...rasa tidak selesa timbul bila perkara ini di bangkitkan...ramai yang akan buat andaian dan spekulasi tersendiri....lepas tue timbul lah gosip2 liar yng x masuk akal...penat nak berhadapan dengan situasi macam nie...kena org pikir macam tue ek??? salah ke ada bestfriend lelaki??? pelik ke??? x tau la......korang pikir la sendiri..pastu sila tinggalkan pendapat...hehehe....



so..rasa macam terpanjang pulak entri nie...cukup lah setakat ini...

salam..



.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam....

hehe..dah lama x update blog nie....bkn x nak...tapi x sempat...skrg cuti...so..mmg byk masa lah nak di isi....antaranya update blog nie....byk benda nak di kongsi..tp x tau macam mana nak keluarkan...so harap bersabar...insyaallah...ada yg bakal di kongsi....salam........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SaLam LEbaran.......

salam.....ketika ini tinggal lebih kurang 5 hari lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita.....sedar atau pun tidak, masa sangat pantas berlalu...br rasanya aku menghadapi hari pertama RAmadhan kali ini tanpa kehadiran keluarga tersayang ( sentimental sekejap)..hhehe..bukan kali pertama sebenarnya....dah banyak kali dah...tp mungkin suasana kali ini jauh berbeza dengan yang sebelumnya...alhamdulillah.....semuanya dapat di harungi dengan tabah.......semakin kita kuat, semakin banyak hikmah yang tersedia.....

lagi 5 hari menempuh syawal......korang dah buat persiapan ke????baju raya???kuih raya???kemas rumah????nak pikir juadah di pagi raya.....nak balik raya mana?????nie lah benda yang semua org tengah siap2 kan.....aku??????hurm...macam sebelumnya...x kisah ada baju raya ke x......cuma tahun nie aku keluarkan bajet untuk kuih raya je...ada la dalam 4 jenis......thanks to the suplier Tqah.....semoga kuih2 tue sampai sebelum raya la hendaknya...hehehehe.......

aku bakal balik beraya pada 18/9/09......pada jam 10 malam.....bermakna sempat lah menikmati berbuka puasa bersama keluarga walaupun hanya 1 hari.....orait lah tue....itu pun rasanya berbuka kat kampung......waa...x sabar nak balik kg jumpe my little "ahmad" and makan kueh kegemaran ku iaitu "koleh lemok" bahasa org sana la.......every year mesti tok aku akan buatkan kueh nie utk aku dan ayah aku...biasanya mmg berebutlah time berbuka.......korang tau x kueh nie??????x tau....nanti aku tunjuk gambar....hehehe......malam 19/9 tue jugak kakak aku dari sarawak sampai kat airport trgnu...so, my parent la pergi ambik.......aku dgn adik aku mesti x ikut.....hehe malas....

haa..agak nape aku balik 18/9...lambat kan????org lain berebut2 nak balik awal...tetiba aku je balik lambat........sebenarnya pagi tue...aku still ada kelas......sian kan?????huhu...x pe lah....nak wat mcm mana......asalkan dapat balik berhari raya.....hehehe


ok lah.....sampai sini dulu.....

selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua rakan2 yang mengenali diri ini.....ampun maaf di pinta sekiranya ada salah silap selama berkenalan....jemput datang rumah raya nie...tp make sure bgtau...takut x de org kat rumah......hehehe =O)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahlan YA Ramadhan.....

alhamdulillah....berjumpa lagi ramadhan kali ini....di harap ia mendatangkan 1001 hikmah di sebalik kemuliaan bulan ini...

hurm,....agak lewat entri kali ini di tulis...
kenapa ya...hehe..sebenarnya daku baru menhabiskan written report untuk subjek International relations yang bakal di present petang ini pukul 2. sebenarnya slide presentation dah di siapkan sejak minggu lepas lagi, tp report bertulis belum lagi di buat. so, bagi meringankan beban si pembentang (farhan)..daku mengambil keputusan membantu kerana ahli group jugak....semoga pembentangan berjalan lancar...Amin...........

hari nie dah masuk hari ke 5 berpuasa....alhamdulillah... macam-macam pengalaman yang daku perolehi...dan adakalanya menguji kesabaran...namun...pada waktu2 begini, sabar adalah paling penting...alhamdulillah segalanya baik....nampaknya tahun ini daku berpuasa di perantauan...hehehe...memang x berpeluang berbuka puasa di rumah bersama keluarga setakat ini dan mungkin sampai akhir ramadhan....kenapa...daku mula pulang ke kampung sempena cuti pada 18/9 malam....hanya pberpeluang berpuasa 1 hari je di rumah...ok lah dari x de langsung......

semoga ramadhan kali ini memberi peluang kepada umat islam untuk memperbanyakkan ibadah.....Insyaallah....

semoga berjumpa lagi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.........................................................................................................................................................................

hadirnya...tanpa ku sedari ...
menggamit kasih.... cinta bersemi........
hadir cinta insan pada ku ini......
anugerah kurniaan illahi.....

indah sungguh bait2 kata dalam lagu nasyid ini....sedikit sebanyak menyentuh naluriku ketika ini.....apa yangku rasa ini .....mungkin kalian dah pun lalui dan mungkin belum.......entahlah......kadang2 tak semua dapat di ucap dengan kata2...hanya....hati yang merasai dan tersimpan kukuh jauh di sudut sana........namun .....kadang2 rasa itu datang sendirinya tatkala jiwa ini kosong atau sepi........alangkah indahnya.....kalau dapat di kongsi ...tp...susahnya bila belum ada 'insan" yang sesuai untuk di kongsi.......akhirnya....ia kekal bersemadi nun.....di sudut hati.....dan hilang tanpa kesan.......sehingga ia muncul lagi...pada waktu dan ketika yang tidak dapat di pastikan..........

ya allah...............hanya kepadamu ku berserah................................
....................................................................................................................................................................................
(entri yg beremosi kali ini...hehehe)

apa yang di coret kali ini...sejujurnya....adalah apa yg aku rasa.......bukan bahagia...tp "kosong"....mungkin korg rasa aku tipu...or x percaya.....tp percayalah...itulah hakikatnya......."rasa" seperti di atas kerap kali muncul dalam diriku ini.....namun ...rasanya sudah lama ia menghilang......kini aku rasa ia hadir lagi.....utk kali yg tidak pasti berapa angkanya......Korang pernah rasa x ...ape yg aku rasa skrg??????kalau pernah...apa yg korg buat?????erm...harap ada lah yg sudi berkongsi rasa dengan ku ini.........



mungkin kah ada "insan" lain yg berjaya mengetuk pintu hati ini???????aku pun x pasti......apa yang pasti......aku pun tak tau.........hehehehe...gila agaknya......sedikit la.......mungkin...faktor persekitaran.....umur......dan beban kerja yang berat...and....stress......hahaha...aku x tau apa yg aku merapik sekarang nie.......



kepada sesiapa yg membaca entri ini.....aku mengharapkan respon yg membina dari korg semua..........harap dapat membantu aku...thanks....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku kembali....


alhamdulillah...semoga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.....(begitu juga diriku)...hari ni masuk hari ke 3 aku di rumah (lokasinya...dungun ,terengganu)...kenapa aku disini??? rasenya semua dah sedia maklum tentang penutupan seluruh kampus Uitm (termasuk induk dan cawangan) gara2 wabak yg tersangat popular skrg....(korg mesti tau wabak pe kan....so, x yah bgtau la ek...).... so, di sebabkan itu lah aku berada di rumah....dah lbh 3 minggu aku di shah alam...dan minggu ini aku di terengganu.....yahoo.....hehe...terlebih happy nampaknye.....

bukan pe...utk ketika ini...dpt la aku melupakan seketika....rutin harian ku fakulti...yg terpaksa melalui tangga keramat
(tangga batu caves)hehe...mmg penat....tp bgs jugak....ada kelebihannya....berat aku pun dah turun....suke sangat...lama2 naik tangga tu....dah bleh accept dah...x de la letih mcm hari first naik...kalau hari first , kitaorg amik ms 30 minit utk sampai fakulti...tp kini 15 minit pun dah sampai.....alah bisa tegal biasa....itu serba sedikit pengalaman kat sana...

walaupun bercuti....buku mmg x tinggal...beg aku berat sebab bwk buku2 yg agak tebal jgk...tue utk buat assignment...standby for test, quiz...and prepare short note or mind map....
(rajin jgk aku nie....puji diri sendiri je lah ek....)...so far....ada jugak la yg dah beres...tp byk yg blum....slow2 la kan...janji happy.... entry kali nie x de gambar nak letak.....plan nak ltk gambr2 semasa kat shah alam...malangnye...x de gambr...hehe...x sempat nak ambik...huhu...lain kali la....balik rumah nie...ramai gak yg x sihat...demam2...selesema...batuk2...fobia gak...harap2 di jauhkan la....dalam keadaan situasi yg tak menentu nie....semuanya kena hati2.....

pg td aku keluar ke bandar...mula2 takut and was-was gak....maklum lah ramai sgt yg tak sihat....kat dungun nie....after uitm dungun tutup, politeknik pun tutup...semalam...sek men sains dungun pun tutup jgk....
(cousin aku bljr kat sana...skrg ada kat rumah aku....dia pun demam gak....)...runsing jugak tgk...nasib baik demam biasa je.... so...nasihat aku...semoga semua org jaga kesihatan and kebersihan diri...semoga diri sentiasa berada dalam keadaan sihat...kalau rase x sihat tue...cpt2 la jumpa doktor.....mencegah lebih baik dari mengubati...kata org la.....
salam..........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Xinjiang bermandi Darah.....

sungguh tak terduga apabila aku menatap akhbar hari ini...."konflik etnik terbesar china".......sejak akhir2 ini banyak sangat berita yg seangkatan dengannya.....belum pun reda cerita pengeboman berani mati di Indonesia....timbul pulak kes di china.....

sungguh menyayat hati melihat gambar2 mayat2 bergelimpangan akibat dari rusuhan tersebut....mesti ada sebab musabab kenapa semua tragedi seperti ini berlaku....ada yang x berdosa menjadi mangsa keadaan.....ke mana perginya rasa kemanusiaan dalam diri mereka ini....walhal ...kesan dan natijahnya ...amatlah buruk dan merugikan....namun...tragedi seperti ini tiada penghujungnya....sekadar berkongsi rasa sedih....melihat dunia semakin hilang identitinya....rakyat di tindas sewenang-wenangnya tanpa ada rasa belas kasihan dan simpati,......kekejaman bermaharaja lela di sana- sini....
akhirnya,.....keindahan bumi ini...hilang di telan zaman...generasi masa depan ...hilang tujuan......

alhamdulillah....rasa bersyukur menyelubungi diri ini....sebagai warga negara Malaysia yg aman dan tenteram....bebas dari peperangan dan persengketaan......di harapkan...keamanan ini berterusan sehingga bila2 tanpa berlaku sebarang konflik di antara penghuni2 nya.....

AMIN......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermulanya...episod baru.....

assalamualaikum....

huhu..x sangka dah masuk empat hari aku di Uitm kampus shah alam....haha...x sangka merasa jugak menapak di sebuah bandar..memang terasa sangat kelainannye duduk di bandar yg sememangnya sibuk...dengan manusianya...kenderaannya...bangunan2 yg tinggi...bentuk muka bumi yang bermacam2 jenis....huhu..terasa sangat2 merindui kampung halaman ku...hehe...

tapi inilah cabarannya....insyaallah..aku cuba mengharunginya....sememangnya...menuntut ilmu memang banyak cabaran dan dugaannya....sebagai contoh...situasi hari ini....huhu memang serabut sangat2...hari nie first day masuk kelas walaupun group belum di tentukan...hampir semua kelas kami masuk......first kelas, kelas human resources ...x belajar pun...tp di terangkan pasal silibus....kelas abis awal....pastu aku teman member pegi hep...haha...first time naik bas dalam uitm nie....mmg sesak...kalau ikut aku...mmg x naik sampai sudah.....tp mustahil la.....kan....

dalam cuaca yg mmg panas...dah macam mandi dah...berpeluh punya pasal....hhehe..ptg tue aku x balik kolej....sebab masa suntuk....ptg pulak ada kelas....so duduk kat surau je.....masuk kelas elektif ...social marketing....lecturer ok je...

macam semua berjalan lancar....tp...tetiba turun bilik KP...senarai group dah tampal...huhu..mmg serabut...bayangkan setiap subjek lain2 group....x tau la....mmg serabut....esok kena masuk kelas ikut group...huhu...kena sorang2.....x pe la.....

semoga hari esok..berjalan lancar.....amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAkaL MenempuH Perjalanan BAru......

tik...tok...tikk...tok....(jarum jam menjalankan tugasnya)....
hari semakin berganti...masa beredar lagi...dan terus beredar.....hurm..daku terasa masa semakin melewati...entah kenapa...macam cepat sangat hari berganti....belum puas lagi rasanya bercuti....(hehehehe) kini sudah menghampiri penghujung bulan jun.....Julai macam dah tak sabar menjelma....kalau ikut hati....lewatkan lagi satu bulan.....biar julai tertinggal sementara.....namun...x mungkin itu semua terjadi.....mana kan boleh di sangkal kekuasaannya....semuanya seperti sedia ada.....

hurm...(mengeluh panjang nampaknya)....
nak tak nak...aku kena juga menempuhi bulan julai ini....x pasti apa yg mendatang.....x pasti apa yg ku ras sekarang....esok...lusa....hurm.....satu lagi keluhan ku lepaskan.....semoga aku kuat menghadapi nya kali ini....aku kenal siapa aku....semoga kelemahan ku dapat diatasi...semoga perjalanan ini dapat ku tempuhi....semoga....ada pembaharuan dalam sinopsis hidup ku ini...semoga...kegembiraan menyelubungi....semoga keredhaan dan kerahmatan memayungi perjalanan baru ini...YA ALLAH.....semoga kau tabahkan lah hambamu ini...kuatkan semangatku...semoga aku mampu ...bangkit...mengejar ....mengharungi....impian ku.....

Selamat hendaknya...........


p/s.....

x tau la ape yg aku tulis kat atas nie....tp itulah ape yg aku rasa sekarang....x tau kenapa...tp kegusaran dan kebimbangan untuk menyambung pelajaran ku di peringkat ijazah di shah alam ..julai ini...sedikit sebanyak mengugat...emosi dan fikiran ku....semoga korg doakan aku...dapat mengarunginya.....AMiN..........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

result sambg degree.....

sekali lagi...ucapat terima kasih yg tidak terhingga kepada tuhan yg maha esa kerana memberi satu lg pengalaman yg tidak terucap dengan kata-kata...mmg tahap gumbira sangat ni....


kenapa ye...????kerana memberi aku satu lagi peluang untuk diriku membaiki taraf hidup serta rezeki di bumi...ini...alhamdulillah aku bersyukur yg tidak terhingga saat ini....

buat pengetahuan semua...aku telah di tawarkan untuk menyambung pengajian ku di peringkat ijazah dalam bidang SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT (KEPUJIAN), FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI, atau nama lainya BCA...yg kitaorg sebut2 selalu...

nampak gayanya aku bakal berhijrah ke bandar la yek....huhu...tahniah juga buat sahabat2 seperjuangan ku...terutamanya...classmates ku....dengarnya ramai dapat shah alam jugak ...jumpa korng kat sana ek.....hehehehe

teruja juga nak hidup kat bandar nie...takut jugak....manalah tau..x dpt sesuai kan diri...almaklum lah org kg.....menjadi kebiasaan mendengar ombak pantai...dan deruan angin sepoi-sepoi bahasa....nak di gantikan dengan...suasana yg jauh berbeza di bandar....kawan2 ku...aku memerlukan pertolongan kalian tau....hehe ....khas utk warga shah alam....


tp...demi masa depan akan ku tempuhi jua segala yg mendatang...doakan aku......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Bersyukur......

alhamdulillah....segala puji utk Yang Maha ESA....
sesungguhnya...tidak tergambar perasaan ini...dengan pemberian dari mu....terima kasih Ya ALLAH...

alhamdulillah...seperti semua warga uitm sedia maklum...keputusan peperiksaan akhir sesi DIsember 2008-mei 2009 telah pun di keluarkan semalam....

dan dengan itu...alhamdulillah ...keputusan pepriksaan akhir ku di sini (uitm DUngun)....LULUS semuanya...ada peningkatan...(dah bleh grad).....terima kasih kepada semua pensyarah2 fakulti Sains pentadbiran dan pengajian Polisi dan pensyarah2 lain yg telah memberikan ilmu kepada ku sepanjang 3 tahun berada di uitm...sesunguhnya ...jasa kalian amat lah besar sekali dan bermakna utk ku....

kawan2 ku yg berada di jurusan yg sama (pentadbiran awam)....terima kasih di atas segala2 nya...semoga kita bertemu lagi di peringkat ijazah...(insyaallah)...rakan2 sekelas ku...memori bersama kalian amat lah berharga....jgn lupa...kalau datang dungun...singgah rumah aku dulu....hehehehe
kepada sahabat2 karib ku....SYUHADA SUHAIMI, HAMIZAH HAMZAH, ZULAIKHA ALI and FAIRINA ZAINAL ABIDIN....terim kasih byk2...korang mmg hapening....






semoga selepas ini..aku melangkah lagi kehadapan...mengejar cita2 ku...INSYAALLAH.... OPSS...lupe plak...terima kasih yg tidak terhingga kepada KEdua ibu bapa ku dan ahli keluarga yg lain...kerana menyokong dan memberi semangat dan kiriman doa utk kejayaan ku... terima kasih ...terima kasih ...terima kasih.....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tagged from ATILIA



Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.



1. What is your name : husna
2. A four letter word : huna
3. A boy's name : hisham (x tau la sapa)
4. A girl's name : haslynda
5. An occupation : hunter(btol ke)
6. A color : hijau...hehe
7. Something you'll wear: hurm...no idea maaa
8. A food : habbatus saudda...(herba)
9. Something found in the bathroom: hantu kot...waawaaa
10. A place : Himalaya (gunung)
11. A reason for being late : hujan maa
12. Something you'd shout : haah...buat pe tue...
13. A movie title : hulk, hum saath saath hain
14. Something you drink : h....(x tau la ape...huhu)
15. A musical group :haaa...ntah la....
16. An animal : x dapat pikir...
17. A street name :haaaa...ada ke????(sambil garu kepala)
18. A type of car : hyundai
19. Title of a song: Hot 'nd Cold
(Katy Perry )

anda yg ditag-kan

sape2 yg nak cuba jwb sila kan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award from liya....

haha...aku kembali lagi....ke mana menghilang???hurm...balik kg la....lama dah x berjalan jauh2 nie..mmg penat...perkara yg paling dirindui....hurm...of course la...blog2 ku..hehe..nie balik2 je terus bukak blog...patut la..ada reward kedua....from miss atilia....thank you...thank you and thank you....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

@warD from norfy....



hahaha...buat pertama kalinya blog nie dpt award from our beloved friend...NORFY...waaa...sungguh terharu rasanya menerima award (almaklum lah br first time...)..so...terima kasih yg tidak terhingga buat sahabat ku norfy di atas pemberian ini...hehe
teruskan lah menyokong perjuangan dalam penulisan di alam siber ini...semoga bertambah maju dan maju....thanks norfy....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tag dari Norfy....


Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan

  1. Handphone nokia E series
  2. Notebook/laptop
  3. BMW edisi terkini
  4. percutian ke negara2 Eropah
  5. Keahlian kelab kesihatan/ seni bela diri/ gim....

5 alasan terhadap pilihan tersebut

  1. suke sgt...tp blum ada income nak beli...
  2. senang nak di bawa ke mana2 utk tujuan kerja or isi masa lapang...
  3. dah lama nak...nanti suatu hari akan ku miliki jua...(nekad nie...)
  4. x pernah keluar negara utk melihat keindahan tempat2 pelancongan...so...best nye kalau dapat pergi...
  5. bleh blaja free...kalau x ..x merasa..yuran bkn sikit...hehe

5 impresi terhadap orang yg anda minat

  1. comel+hensem and matang skit kot...muka pun agak berisi skit...
  2. agak pendiam dgn perempuan...
  3. menarik...
  4. ego...perasan macho (memang macho pun)...suka cari pasal dgn kawan2ku..kalau dgn aku x byk cakap..
  5. x tau nak ckp dah...nice look...

5 perkara hebat pernah anda lakukan

  1. join wilderness adventure camp (mmg x minat outdoor sgt)
  2. Mendapat rakan-rakan yang baik di sisi saya :) (miss you guys)
  3. balik kampung naik motor sorg2..dalam hujan yg sgt lebat...hhuhuu..selamat sampai...
  4. yakin dengan kemampuan diri...walaupun org tak yakin...huhuhu
  5. x menyesal dengan semua perkara yg dah di buat....

5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)

  1. internet
  2. handphone
  3. e-govt
  4. notebook/laptop
  5. kereta

5 perkara yang dibenci ( I say no to this person !)

  1. Orang yang menghisap rokok
  2. penipu
  3. menunggu...(seksa tau...)
  4. sempit fikiran, ego yg melampau...x mengakuai kesilapan
  5. politik (walhal mmg ambik course nie...terpaksa suka...tp menarik..kadang2 mengjengkelkan)

5 orang yg hendak anda tag.

-tqah kamarudin
-atilia
-f. hanim
-faizah azizan
-zul hafixi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TaG DaRI Tqah

1. how old are you?
22 tahun nak ke 23 pada 26jun nie....

2. are u single?
yes.....and available

3.at what age do you think you’ll get married?
emmm...tgk jodoh..before 30 tahun kot..or lebih (in case x de jodoh)

4.Do you think youll be marrying the person you are with now?
ermmm..x tau la...sebab sejujurnya blum ada sesape lg...

5.If not, who do you want to marry?
sape2 je yg di kurniakan oleh Nya .......:p

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
kalau tqah dgn k_ _ _ _ nak...boleh je....hehehe ;-)

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
traditional and garden...kalau bleh la....

8.Where do you plan to go on honeymoon?
hurm...rumit tue...x pikir lagi...Paris kot...(berangan nie)

9. How many guests do you think youll invite?
ikut budget...kalau bleh yg wajib ada family...kawan2 masa SKS1, SMKAP,MATRIK PAHANG, UITM Dungun...yg kenal..and (amd6pc sesi jul 06-mei 09...anda mesti hadir...)

10. Will that include your exes?
no comment...

11. How many layers of cake do you want?
haha..x kesah..order dgn tqah bleh????.. :-)

12.When do you want to get married, morning or evening?
morning..

13. name the song/tune you’d like to play at your wedding?kalau traditional...x yah kot...kalau garden...pasang lagu..Endless Love by Mariah Carey & Luther Vandross..mesti best...

14. do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
erm..tgk lah...kalau mampu nak rasa gak fine dining..kalau x biasa pun x pe...

15. Champagne or red wine?
x perlu... :-p (haram tue..ish..ish...)


16.honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
sebab masing2 bekerjaya..(berangan nie...) so.. maybe...a month after wedding...heheheheheh

17.money or household item?
both!

18.how many kids would you like to have?
may be 2..max 4 kot....

19.will you record your honeymoon in cd?
of course la...(.kenangan tue...)

20. I want to know their wedding planning..
- faizah azizan
-norfy
-















* gambar2 hanya lah utk tujuan hiasan...harap maklum...*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan....

haaaa...ape yg kau mengelamun tue....hehehe...mesti tengah ingat macam2 kan...sama lah macam aku...sepanjang aku study diploma nie banyak sangat kenangan yang tersimpan dalam memori...kenangan dengan classmate, roomate, ex-roomate, kelab2, badan2 penting and macam2 lah...itu lah yang membuatkan hidup nie lagi bererti...btol x??? betul3x....

hari nie aku nak cerita kenangan aku dengan roomate2 aku masa duduk kat hostel lama iaitu Kapas....kirenya pasal ex-roomate la nie...kitaorg tinggal sebilik 4 org..yg paling lama duduk kat bilik tue...aku la...dari part 1-5...tp sayangnya utk part 6 aku dah terkeluar dari kolej kesayangan nie...sebabnya...erm...ada lah....hehe...selain aku , yg menginap kat bilik nie adalah raja or moon..jiha and mira...jiha ngan mira junior kitaorg la..aku dgn moon (bulan) jiha selalu panggil nama nie..satu kursus yang sama(DPA) and mira ngan jiha ...sama course iaitu food service mgt...dior berdua masuk time kitaorg part2...so..kitaorg senior la....

mula2 diorg masuk tue...aku dgn moon agak risau gak...takut2 lah dpt roomate yg x best...tp alhamdulillah la...semuanya ok..macam2 kerenah dan gaya budak berdua tue..tp kira orait la...gaduh2 skit tue biasa la...ingat lagi...kalau solat tue..solat bejemaah la...x de la selalu tp kerap jugak la...biasanya aku la yg jd imamnya...(sbb ...diorg kata aku lg tua...mmg pun..terima la..)...jiha ada gak jd...kalau time yassin...kalau bilik kitaorg organize...semua x nak ambik tugas baca doa..biasanya aku dgn mira la...(faktor usia sekali lagi...) siap gaduh2 lagi..bkn gadu sbnrnya...bergurau...rindu plak..wkt itu...time puasa..bukak puasa sama2...macamlah di belinya...x igt dunia...alih2 lepas berbuka tersadai kekenyangan..mula lah makanan x abis..(sape tu...agaknya) hehehe..kalau sahur plak...biasanya dr 4 org tinggal berdua la...aku dgn moon je lah..2 lg jrg makan...minum air je...igt lg...ada skali tue terlewat bgn...sempat minum je...gara2 x sedar...hehe...rindunya...

study sama2..pegi makan pun sama..main game...berborak tengah mlm...macam lg la...hehe kadang2 tue lawan main game...berebut nak main...hehehe..kalau ujung minggu...aku selalu blk rumah..kadang2 angkut jugak la diorg blk skali terutamanya moon la...siap demo cara nalk buat kek coklat lagi...pastu makan ramai2...ada sekali jiha belanja kfc...hehe seronok tau...mkn sampai x hbs..bwk ke pg esok plak...

tp, start part 5, moon dah x ddk bilik tue...so tinggal la aku dgn mira ngan jiha...pastu ada new roomate msk...tp x de kesan pun..sbbnya dia selalu x lekat kat bilik...so, aku dgn mira dgn jiha la...masa tue mmg rasa lain macam skit la...sbb aku rapat dgn moon..so, agak terkesan gak la..bila dia xde...tp ok je...dpt jugak harungi satu sem tue...

naik part6...hehe..dgn x di sangka2 ...aku plak yg terkeluar dr bilik tu...hehe(apa lah nasib)..tp ada hikmah nye...tp kitaorg dah jrg jumpe...kalau bertembung pun kat dining...hehe ..sekejap je dpt borak...so..kitaorg decide lah satu hari utk duduk bersama ..borak2,lepak2 sambil makan...tarikh keramat yg akan di ingat...tanggal 3 mei...(dah abis paper).....kitaorg kuar makan malam bersama-sama...macam reunion la plak...... hehe x kesah lah..mmg mlm tue best gak la...borak2, mkn2, gosip2 mmg x lari...x lupe gak sakat menyakat....mmg happening...before kul 11 kitaorg blk...makan2 tue bertempat dkt D'pantai kalau x salah...asalnya nak buat kat ria tomyam..tp tutup plak.....blk kampus...kitaorg ada sesi fotografi....hehe..gambar2 last buat kenangan...lepas nie tak tau jumpe ke x....


nie ada gambar2 yg dah siap di edit...









so..to jiha, mira and raja ...remember this moment as the sweet memories that come between us....sorry kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita...0-0 ye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Filem baru...

wah..wah..mentang x de keje nak buat nie...x habis2 posting blog ye...(tengah rajin katakan)...kahkahkah...

berbalik kepada tajuk di atas...erm bnyk jugak filem melayu nak keluar... contohnya macam filem Syurga cinta....

and Jangan pandang belakang congkak.....


x sabar nak menonton dua-dua filem nie.....
itu je nak kongsi...selamat menonton....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAI...

teruja untuk memulakan aktiviti mendownload cerita setelah agak lama x mendownload....hehe cite ape yang aku nak download????jawapannya...tuggu selepas ini...hahhaaha..x de lah main-main je..aku tetiba terminat dekat cerita lakonan rosyam nor dengan fauziah latiff yang di siarkan di rtm..tajuknya GELORA DI HATI SARA....korang tengok x cerita nie...kalau x tengok ...baik korang tengok...best tau...cerita nie dah lama habis...tapi dah di ulang siarannya mungkin sebab atas permintaan ramai...so, nampak sangat la kehebatan cerita nie...hehe insyaallah aku akan mula mendownload esok kot..malam nie internet agak slow sikt..

nie ada gambar2 skit tentang cite nie...













lagi satu cerita yang aku sedang ikuti dan akan mendownload adalah cerita yang di tayangkan di astro...drama bersiri...rosyam nor punya projek yang di bintangi oleh pelakon2 yang mantap seperti Aaron aziz, arash, rita rudaini and ramai lagi......tajuk dia RAHSIA HATI...setiap hari khamis, jam 10 malam bersiaran dekat astro prima...cerita nie ada 40 episod...banyak tue...x sabar nak tunggu ending dia...



Rahsia Hati- astro prima (khamis 10 malam)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


The new outbreak communicable disease (H1N1)!!!!

satu lagi wabak baru melanda dunia dan tidak terkecuali negara-negara asean...wabak influenza A H1N1...ekoran dari serangan itu,,kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga untuk membendung serakan wabak ini...Seperti yang kita tahu,dengar dan lihat, di malaysia saje sudah aa 2kes yang melibatkan wabak ini....cepat sungguh ia merebak...sehubungan dengan itu, sebagai rakyat yang prihatin...kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling, berusaha mengenali wabak ini dan seterusnya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat simptom2 wabak ini terhadap diri sendiri atau orang lain...

kenali wabak ini...

1) apakah itu penyakit influenza A (H1N1)

- influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang di sebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2) tanda dan gejala penyakit ini

- gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan,sakit tekak, selesema kadang-kadang muntah-muntah atau cirit-birit.

3) bagaimana boleh di jangkiti

-virus ini boleh berjangkit apabilla pesakit batuk atau bersin. titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permuklaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

4) nasihat kepada orang yang di jangkiti virus ini

-segera dapatkan rawatan daripada doktor
-untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain,tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. kerap mencuci tangan dengan air sabun.
-tiggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
-elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak
-jangan menggunakan pengankutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

5) cara menghindari jangkitan ini

-jauhkan orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
-kerap cuci tangan dengan air dan sabun
-elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
-elakkan daripada berada di tempat awam yang sesak sekiranya anda di landa penyakit ini
-ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
-amalkan cara hidup sihat.

6) berapa lama masa diambil orang yang dijangiti boleh menyebarkan virus ini

-selagi mereka mempunyai gejala ini. biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

sehubungan dengan itu...kita harus lah mengamalkan cara hidup sihat bagi menghindarkan diri dari segala bentuk penyakit di zaman serba moden ini....

segala informasi boleh didapati di laman web kementerian kesihatan malaysia












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bosan...

haha..kembali lagi
dah tak tau nak buat pe skrg nie walaupun ada banyak lagi kerja nak buat..(ntah ape2 tah)
tu lah kalau x rancang ape nak buat. tapi kalau buat rancangan pun belum tentu kita ikut kan???hehe..tue lah lain yang di rancang, lain pulak di buat...hurm...macam-macam la kan...

dari pagi td lagi aku mendownload cite. tp sekarang dah habis. so bleh la fokus skit kat keje sebenar. mungkin malam nie aku start buat assignment financial admin.hehe.. sourcesnye ada, tapi x dapat imagine nak buat macam mana..huhuhuhu..

i will try my best..wish me good luck...
k....see you next time....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

assalamualaikum semua.....

Agak lame jugak tidak mencoret dalam blog ni. Bukan ape, tak berkesempatan nak mencoretkan curahan minda sejak akhir-akhir ini. kenapa???? jawapan yang sama...hehe .
sibuk dengan study and buat assignment yang semakin hampir tarikh untuk di hantar..

lumrahlah la tue bila bergelar pelajar. kalau tidak sibuk, bukan pelajar tue...hehe..(betul2)
sebenarnya aku baru je habis buat assignment untuk subjek Current affairs in Southeast asia. ape yang aku buat??? mengkaji isu pulau Batu Puteh or Pedra Branca.hehe..pening jugak dibuatnya...sebelum nie memang mengikuti sikit2 isu ini.tapi tak de lah mendalam. bila dah membaca and buat homework skit...akhirnya aku dapat paham ape yang berlaku.

hurm isu yang menarik...tapi perlu sedikit kesabaran untuk membaca the whole story. kenapa??? bukan senang nak memahami ayat2 english nie...hehe itulah namanya cabaran...hope group aku dapat bereskan kerja nie. bila dah buat pembahagian tugas, maka beban pun semakin berkurang. so, kita bleh fokus dekat bahagian kita buat. ini bleh menghasilkan kerja yang bermutu.(aik cam bersyarah je). ape2 lah...

setakat ni lah dulu..nanti ada masa aku sambung lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepetang bersama roomate2 baru ku ....

erm...nak story skit kat u all...

sem nie adalah sem terakhirku(insyaallah) dalam bidang public admin...dah masuk 3 tahun aku menuntut ilmu kat sini...semoga dapat lah sedikit sebanyak kalau x semua pun...hehe..so msk part 6, aku rasa ada perubahan pada diriku...apa ek??dah berusia sedikit (maybe???) yes...hehe..macam x percaya lak sebabnya di kelilingi sahabat2 yg lebih muda dariku...aku terima seadanya...

new environment ....
sebabnya dapat stay kat kolej lain....5 sem sebelum nie, aku duduk di kolej batu..hehe ala hostel gitu...but now stay kat kolej ala2 rumah kampung gitu....best gak...walaupun sukar nak terima pada mulanya....orang kata ,elok jugak sekali-sekala tukar angin...dapat rasa macam-macam suasana baru....i agreed....

picture about my new kolej( mcm dalam taman)hehe


lebih kurang cam nie la rupenya....yg hujung skali dekat pokokbesar tue...rumah ku syurgaku...hehehe..x nampak sgt...tp lbh kurang rumah sebelah la yang nampak tu...


kolej baru...roomate pun baru...
bukan orang lain but..rakan-rakan satu fakulti denganku...part6 jugak..so..x banyak kelainan..semuanya hapening...so tak lah kekok duduk sekali...
untuk jangka masa beberapa bulan yang tinggal nie, harap dapt berkerjasama dengan korng sume...susah senang...pikul bersama...


just wanna show picture with them...

nie masa kitorang lepak kat kfc...

syaza,nisa, aku and za....



za ngan syaza


nisa ngan aku


nie dah abis makan...

bukan ape...sekeping gambarbleh bg seribu kenangan kat kita kalau kita hargainya...
saat-saat macam nie susah nak dapat...
so hargailah selagi boleh...
untuk roomate2 ku...terima kasih banyak...jasamu di kenang...hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti datang lagi.....

haha lega skit dapat cuti walaupun lebih kurang seminggu je...
kalau x mesti busy je hari-hari...al maklumlah dah masuk part 6,final year student plak tu...memang busy...hari ahad sampai rabu penuh je dengan kerja walaupun dalam jadual banyak jugak la waktu restnya....

pelik ke bunyi nye...hehe ayat pun dah tak berapa betul...hehe xpe lah...aku terima je seadanya..banyak kerja lagi bagus dari x de keje...kalau x tak tau nak buat pe...so, life must go on....

bezanya cuti nie...agak rehat gak lah otak...tp sekejap je...nak kena study untuk test yang bakal mengunjungiku sebaik tamatnya cuti...huhu gerun gak rasnya....mampu ke aku???hurm...belum cuba belum tau....insyaallah aku cuba yg terbaik....

kawan-kawan....
aku akan merindui kalian biarpun seminggu tu bukan waktu yg panjang...tanpa korang entah kat mana aku...masing-masing dah balik rumah masing-masing...berbeza destinasi...KL,Selangor, Pahang,kelantan,melaka...and lain-lain....hope you guys enjoy this holiday....

aku...
hurm sepatutnya nak gie reunion dgn member2 sekolah rendah dulu....too excited...but at last...dissapointed...x dapat gie coz ada hal x dapat elak...hhuhuhuhu..nak pegi....sori kawan-kawan...x dpt gie...gonna miss u guys ....(bile plak nak jumpe lagi......)....
so, blk kg la destinasi ku... x pe lah bukan rezekiku nak jumpe diorg......

mengharapkan yang terbaik untuk semua....and paling penting....diriku....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS