nukilan husna

salam jumaat....

semoga hari yang mulia ini di serikan dengan perkara-perkara berfaedah...
alhamdulillah..2 minggu sesi pembelajaran telah berlalu....setakat ini ..rasa sangat-sangat bersyukur kerana
segala yang di ajar dapat di terima...mengharapkan di teruskan di permudahkan menerima ilmu...


selagi ada semangat...akan ku cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada....
masa semakin singkat....di harapnya....kali ini ..hasilnya lebih membanggakan....
risau juga dengan hasil semester lalu...dah x lama dah nak kuar....

mcm mana kalau rezeki bukan di pihak ku???mampu kah aku memikulnya....
ya allah....sememangnya di saat ini ...hanya mampu ku berserah kepada mu....kau yang menentukan
apa yang terbaik untuk ku....sesungguhnya aku berserah kepada mu....
moga kesudahan nya mengembirakan.....

ya allah...sesungguhnya aku sangat2 memerlukan kekuatan untuk hadapi hidup ini....

akan ku cuba yang terbaik.....berkati aku, rahmati aku...suluhkan cahaya kebenaran kepada ku....
sesungguhnya kau yang maha mengetahui....



Semester Baru ICSA 2  

nukilan husna

alhamdulillah....


walaupun dah masuk 3 minggu di shah alam....akhirnya baru minggu ini kelas aku bermula....
semester nie, 2 lagi subjek yang perlu aku hadapi sebelum menamatkan sesi pembelajaran Professional aku...sekejap je masa berlalu......

di kala pelajar2 degree yang lain sedang berhempas pulas menghadapi final exam, kami pelajar2 ICSA 2 sudah pun kembali untuk meneruskan sesi pembelajaran......lepas nie confirm...fakulti sunyi sepi, parking pun kosong....bahagianya.....hahahaha......tapi mesti cafe tutup...maka kena makan kat luar la jawabnya....

sem nie ahli kelas bertambah 2 org menjadikan kami 11 org....3 lelaki 8 perempuan....meriah la kelas...kalau x kami ber 9 je....semoga kelas jadi lebih ceria dan best.....

sem ni belajar corporate administration dengan corporate financial management......hari pertama kelas adalah pada hari isnin lepas....biasalah first day, ingatkan introduction je...siapa sangka...hari pertama...dah start belajar....hahahaha...haru biru di buatnya...mana x...otak x bersedia nak belajar tibe-tibe je kena belajar....tp alhamdulillah semua ok.....


pengajarannya....sentiasa lah bersedia..haha....ape pun ok la....hari pilak kelas sampai malam...sebab ada 2 kelas...memang biasa la.....di harap semuanya ok....


jumpe lagi...


Salam tahun baru 2012....  

nukilan husna





assalamualaikum and salam sejahtera untuk semua....

yea..tahun baru...2012.....
selamat tinggal 2011 yang penuh dengan memori suka, duka, pahit, manis yang telah pun di lalui...semoga semuanya tersimpul rapi dalam kenangan 2011.....apa yang perlu...melangkah ke hadapan menghadapi cabaran dan dugaan baru 2012.....

selamat menghadapi peperiksaan akhir buat sahabat-sahabat ku ....semoga peperiksaan akhir ini dapat di tempuhi dengan jayanya....dan sekaligus menamatkan sesi pembelajaran di peringkat ijazah.....semoga berjaya......



aku pulak...hurm,,,,...selamat menghadapi semester baru (semester 2 ICSA)....
semoga semester ini lebih baik dan lebih tenang menghadapi nya...walaupun ada kepahitan yang harus di telan untuk semester lepas....x pe kita dah mencuba yang terbaik....kali ini....akan ku pastikan usaha akan di gandakan.......Gambate ne!!!!

Wish list tahun nie:  ( xpernah buat pun sebelum2 nie)...hehehe

  1. habiskan ICSA....
  2. Ada kerjaya yg baik( insyaallah)
  3. Ada kereta sendiri....
  4. mungkin mengubah status diri.....kalau di izin kan....

 walau ape pun...ape yang penting usaha kena ada....orang kata "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"....walaupun jatuh tersungkur....kena cuba untuk bangun semula.....barulah kehidupan itu bermakna....setuju x????hehe...
semoga di permudahkan segalanya......AMIN...=)







Fenomena air pasang besar  

nukilan husna






salam dan selamat pagi semua...

semua sedia maklum yang cuaca sekarang berada dalam keadaan yang kurang baik...hujan lebat di tambah pula dengan fenomena air pasang besar di beberapa buah negeri seperti terengganu, johor,pahang, sabah, sarawak mengakibatkan kejadian banjir dan ombak besar melanda kawasan-kawasan berkenaan..

dah macam baca berita pula...hehe...

tapi memang betul pun kan....sekadar berkongsi kesan-kesan bencana alam ini...di Dungun , Pantai Teluk Lipat salah satu kawasan yang teruk dapat di lihat kesan dari fenomena ini... katanya fenomena terburuk untuk kali ini....sebagai penduduk sekitar kawasan ini, aku pun berpeluang melihat kesan-kesan fenomena ini...

hakisan tanah dari hari ke hari menyebabkan jalan raya semakin hampir dengan pantai sbelum kejadian...lepas kejadian banyak pokok-pokok tumbang, jalan raya runtuh.....ketinggian ombak yang menghempas pantai pun sangat tinggi ,..anda akan lihat nanti melalui gambar-gambar yang aku serta kan...

macam x selamat je bile lalu kat tepi pantai...separuh jalan pantai dah pun di tutup...operasi penambah baikan mula menampakan kelibat.....ramai pengunjung yang datang untuk melihat air laut.....yang kesian nye...peniaga-peniaga gerai sepanjang jalan pantai la....mana x nye...kedai diorang kena tutup la sebab jalan runtuh..

subhanallah....adakah ini petanda -petanda dari allah??? mugkin kah ini adalah tanda allah memberi peringatan kepada hamba2 nya????...fikir -fikirkan lah....


jom lihat gambar2.....


pantai dah dekat dengan jalan

pokok-pokok dah mula condong....

sebelum jalan runtuh....pokok-pokok sekitar dah tumbang

jalan dah runtuh sikit...
separuh jalan dah runtuh...satu laluan je boleh lalu....situasi yang membahayakan pengguna lalu lintas

 

runtuhan jalan...nampak x pagar oren tu..itu kawasan sekolah imtiaz...hurm..ada asrama...bahaya kan...
nie plak..kesan dari air naik...pasir3, sampah2,ada kayu-kayan...bangunan yg kat sebelah tu kawasan medan selera.... 

ombak waktu malam..setinggi tiang elektrik...
orang awam melihat keadaan ombak  

ombak melepasi benteng

menghempas jalan dan air dah membanjiri kawsan medan selera
 

benteng pun pecah.....

kerja-kerja pemulihan...


ni lah diaa...kesan-kesan fenomena air pasang besar.....dasyat kan....berhati-hati lah semua......=)

Mari Mengenali Wanita....  

nukilan husna

assalamualaikum warrahmatullah....

selamat pagi semua..hari nie hari ahad kan....apa plan korang?? pergi kelas, jalan- jalan, "window shopping"....ke berehat-rehat di rumah saja.....ikut lah mana satu pilihan hati ye...yang penting ...anda gembira....aku pulak...almaklumlah cuti...jadi nya berehat je lah hari nie....dah masuk 5 hari aku kat rumah...kalau keluar pun sekejap-sekejap sahaja....maklum lah cuaca tak mengizinkan...sekejap cerah, sekejap je dah hujan....dah musim....terima je lah....

hari nak kongsi sedikit ilmu pasal wanita... korang baca lah...dapat lah tambah ape yan kurang...tak rugi pun...


7 Panduan Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Jalan


1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan nampak tegak ketika berjalan

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.





********************************

Jadinye....yang mana satu kah anda wahai wanita-wanita di luar sana???....renung -renung kan lah......bagi lelaki pula....mungkin in boleh di jadikan salah satu kriteria dalam memilih pasangan hidup kamu..... Bukan untuk menjadi seorang yang pemilih...tetapi kadang kala..berhati-hati itu penting kan.....ye la....bukan semua orang "perfect"...tapi adalah baik untuk mencari yang lebih baik....


P/s: ape yang aku merapik nie,,,heh...layan je la ek...tapi info di atas amat berguna...sekurang-kurangnya...anda lebih mengenali diri sendiri ok.....
aku rasa...aku yang no 3dan 4..hehe...ULANGAN ...aku "RASA"...kalau korang rasa lain...itu pendapat korang la.....