Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS




sahabat

salam..pembuka bicara...jam pd ketika ini menunjukkan angka 3.30 pg.hehe..tatkala org lain enak di buai mimpi, diluar hujan lebat tidak berhenti...aku pulak berjaga di dinihari...
ada perkara ingin di kongsi...sekadar megosongkan dada yg sesak, minda yg serabut ini...
entri kali nie aku nak bercerita ttg satu topik yg sangat popular iaitu "sahabat"..sekali lg topik ini di utarakan..rasanya aku pernah menulis tenteng ini di awal entri blogku...x pe lah...ini cerita lain pulak...





(1)

kenapa setelah bersahabat dalam tempoh yg agak lama, tiba2 boleh berlaku pertelingkahan, x puas hati, cakap2 belakang, saling memendam dan bila tercetus...impaknya begitu besar sekali sehinggakan tidak boleh bertegur atau bertemu..walhal pernah menjadi sahabat yg sangat rapat...boleh di kategorikan sahabat sejati...macam mana perkara sedemikian boleh terjadi...seharusnya persahabatan yang terbina begitu lama senang di uruskan..dalam erti kata lain, sekiranya terbitnya konflik, mudah di selesaikan kerana kita sudah masak dengan karekter masing2...tp sebaliknya berlaku dan memerlukan pihak ketiga untuk di selesaikan...segala2- galanya terserlah di saat akhir (karekter)...biasanya karekter menjadi kontra dari kebiasaannya si sahabat pernah kenali...timbul persoalan di benak fikiranku...tidak cukupkah masa persahabatan itu terbina untuk mengenali sifat2 seseorang? ini merujuk kepada persahabatan yg sangat akrab...adakah faktor situasi menyebabkan rakan @ sahabat boleh berubah perilaku dalam sekelip mata sehingga tanpa di sedari mengores hati pihak yg satu lg?...kadang2 aku terfikir ...kenapa bila terlalu rapat...bnyk pulak pertelingkahan yang timbul ...kadang2 penyebabnya hanya lah suatu perkara yg kecil...terlalu sensitif ke bila kita terlalu rapat???

( aku tinggalkan persoalan ini untuk di fikirkan dan di jawab sekiranya ada yang membaca)





(2)

cerita seterusnya...masih lagi berkisar tentang sahabat...tetapi berlainan jantina...persoalan yang ingin ku utarakan...kenapa apabila perempuan bersahabat dengan lelaki (bestfriend) di salah ertikan/di salah pahamkan sebagai benda lain.ala couple.... sedangkan hubungan yang wujud tidak lebih dari seorang kawan...kalau suka pun suka sbg kawan, kalau sayang sekalipun...sayang itu tetap menjadi sayang kawan dengan kawan...begitu juga kalau ambil berat, marah, geram dan sewaktu dengannya...bg aku tidak ada bezanya dengan bestfriend perempuan..itu pendapat aku la....pendapat orang lain akan jd lain...rasa tidak selesa timbul bila perkara ini di bangkitkan...ramai yang akan buat andaian dan spekulasi tersendiri....lepas tue timbul lah gosip2 liar yng x masuk akal...penat nak berhadapan dengan situasi macam nie...kena org pikir macam tue ek??? salah ke ada bestfriend lelaki??? pelik ke??? x tau la......korang pikir la sendiri..pastu sila tinggalkan pendapat...hehehe....



so..rasa macam terpanjang pulak entri nie...cukup lah setakat ini...

salam..



.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: