Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS


The new outbreak communicable disease (H1N1)!!!!

satu lagi wabak baru melanda dunia dan tidak terkecuali negara-negara asean...wabak influenza A H1N1...ekoran dari serangan itu,,kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga untuk membendung serakan wabak ini...Seperti yang kita tahu,dengar dan lihat, di malaysia saje sudah aa 2kes yang melibatkan wabak ini....cepat sungguh ia merebak...sehubungan dengan itu, sebagai rakyat yang prihatin...kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling, berusaha mengenali wabak ini dan seterusnya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat simptom2 wabak ini terhadap diri sendiri atau orang lain...

kenali wabak ini...

1) apakah itu penyakit influenza A (H1N1)

- influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang di sebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2) tanda dan gejala penyakit ini

- gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan,sakit tekak, selesema kadang-kadang muntah-muntah atau cirit-birit.

3) bagaimana boleh di jangkiti

-virus ini boleh berjangkit apabilla pesakit batuk atau bersin. titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permuklaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

4) nasihat kepada orang yang di jangkiti virus ini

-segera dapatkan rawatan daripada doktor
-untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain,tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. kerap mencuci tangan dengan air sabun.
-tiggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
-elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak
-jangan menggunakan pengankutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

5) cara menghindari jangkitan ini

-jauhkan orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
-kerap cuci tangan dengan air dan sabun
-elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
-elakkan daripada berada di tempat awam yang sesak sekiranya anda di landa penyakit ini
-ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
-amalkan cara hidup sihat.

6) berapa lama masa diambil orang yang dijangiti boleh menyebarkan virus ini

-selagi mereka mempunyai gejala ini. biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

sehubungan dengan itu...kita harus lah mengamalkan cara hidup sihat bagi menghindarkan diri dari segala bentuk penyakit di zaman serba moden ini....

segala informasi boleh didapati di laman web kementerian kesihatan malaysia












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: