Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Fenomena air pasang besar






salam dan selamat pagi semua...

semua sedia maklum yang cuaca sekarang berada dalam keadaan yang kurang baik...hujan lebat di tambah pula dengan fenomena air pasang besar di beberapa buah negeri seperti terengganu, johor,pahang, sabah, sarawak mengakibatkan kejadian banjir dan ombak besar melanda kawasan-kawasan berkenaan..

dah macam baca berita pula...hehe...

tapi memang betul pun kan....sekadar berkongsi kesan-kesan bencana alam ini...di Dungun , Pantai Teluk Lipat salah satu kawasan yang teruk dapat di lihat kesan dari fenomena ini... katanya fenomena terburuk untuk kali ini....sebagai penduduk sekitar kawasan ini, aku pun berpeluang melihat kesan-kesan fenomena ini...

hakisan tanah dari hari ke hari menyebabkan jalan raya semakin hampir dengan pantai sbelum kejadian...lepas kejadian banyak pokok-pokok tumbang, jalan raya runtuh.....ketinggian ombak yang menghempas pantai pun sangat tinggi ,..anda akan lihat nanti melalui gambar-gambar yang aku serta kan...

macam x selamat je bile lalu kat tepi pantai...separuh jalan pantai dah pun di tutup...operasi penambah baikan mula menampakan kelibat.....ramai pengunjung yang datang untuk melihat air laut.....yang kesian nye...peniaga-peniaga gerai sepanjang jalan pantai la....mana x nye...kedai diorang kena tutup la sebab jalan runtuh..

subhanallah....adakah ini petanda -petanda dari allah??? mugkin kah ini adalah tanda allah memberi peringatan kepada hamba2 nya????...fikir -fikirkan lah....


jom lihat gambar2.....


pantai dah dekat dengan jalan

pokok-pokok dah mula condong....

sebelum jalan runtuh....pokok-pokok sekitar dah tumbang

jalan dah runtuh sikit...
separuh jalan dah runtuh...satu laluan je boleh lalu....situasi yang membahayakan pengguna lalu lintas

 

runtuhan jalan...nampak x pagar oren tu..itu kawasan sekolah imtiaz...hurm..ada asrama...bahaya kan...
nie plak..kesan dari air naik...pasir3, sampah2,ada kayu-kayan...bangunan yg kat sebelah tu kawasan medan selera.... 

ombak waktu malam..setinggi tiang elektrik...
orang awam melihat keadaan ombak  

ombak melepasi benteng

menghempas jalan dan air dah membanjiri kawsan medan selera
 

benteng pun pecah.....

kerja-kerja pemulihan...


ni lah diaa...kesan-kesan fenomena air pasang besar.....dasyat kan....berhati-hati lah semua......=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Mengenali Wanita....

assalamualaikum warrahmatullah....

selamat pagi semua..hari nie hari ahad kan....apa plan korang?? pergi kelas, jalan- jalan, "window shopping"....ke berehat-rehat di rumah saja.....ikut lah mana satu pilihan hati ye...yang penting ...anda gembira....aku pulak...almaklumlah cuti...jadi nya berehat je lah hari nie....dah masuk 5 hari aku kat rumah...kalau keluar pun sekejap-sekejap sahaja....maklum lah cuaca tak mengizinkan...sekejap cerah, sekejap je dah hujan....dah musim....terima je lah....

hari nak kongsi sedikit ilmu pasal wanita... korang baca lah...dapat lah tambah ape yan kurang...tak rugi pun...


7 Panduan Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Jalan


1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan nampak tegak ketika berjalan

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.





********************************

Jadinye....yang mana satu kah anda wahai wanita-wanita di luar sana???....renung -renung kan lah......bagi lelaki pula....mungkin in boleh di jadikan salah satu kriteria dalam memilih pasangan hidup kamu..... Bukan untuk menjadi seorang yang pemilih...tetapi kadang kala..berhati-hati itu penting kan.....ye la....bukan semua orang "perfect"...tapi adalah baik untuk mencari yang lebih baik....


P/s: ape yang aku merapik nie,,,heh...layan je la ek...tapi info di atas amat berguna...sekurang-kurangnya...anda lebih mengenali diri sendiri ok.....
aku rasa...aku yang no 3dan 4..hehe...ULANGAN ...aku "RASA"...kalau korang rasa lain...itu pendapat korang la.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

hai....

sekadar ingin berkongsi....mungkin anda rasa dan pernah alami......mari kita kaji:


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.


6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.


10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.


11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.


14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.


15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.


16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.


18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.


19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!


20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.


21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.


22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.


Anda pernah alami???ha...itu mungkin tanda-tandanya.....hargai lah "INSAN' tersebut...bukan senang untuk bertemu dengan  mereka......hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ombak Rindu...Rindu ombak...ombak besar....


salam semua...

alhamdulillah ...segala puji Allah..selamat tiba di di kampung halaman a.k.a rumah keluarga ku di Dungun... rasenya dah lama tidak menjejak kan kaki ke sini...hampir 4 bulan..kali terakhir aku pulang pun pada hari raya adilfitri....selepas itu tiada lagi.....

bukan tidak mau pulang....bukan tidak rindu...semuanya kerana sesi pembelajaran ku....dan mungkin juga aku bukan seorang yang kerap pulang ke rumah bila berjauhan...hehe...alah bisa tegal biasa kata pepatah.....dah biasa merantau...semua tu dah lali....alhamdulillah walaupun berjauhan dengan keluarga..aku masih lagi mendapat kasih sayang ibarat keluarga dari sahabat-sahabat ku...memang tidak sama...tetapi cukup la untuk rasa di sayangi dan di hargai....terima kasih sahabat-sahabat dan juga pensyarah-pensyarah...

sampai je di Dungun,...perkara pertama yang nak sangat di buat selepas berjumpa ahli keluarga ialah........
*********



sabar ye.....





**********











suspen ye.....




ok lah.....ini dia.....



ombak.....yeah...sangat rindu pantai dungun..........

kalau tengok cantik je dari jauh...hehe..tapi rupenya ...kelmarin ombak besar melanda pantai dungun dan beberapa tempat lain di negeri ini...



Cemas ombak besar luar biasa

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 13, 2011

bencana3
TELUK LIPAT  - Kejadian ombak besar yang disifatkan tsunami kecil melanda perairan pantai Dungun malam kelmarin bukan lagi satu fenomena baru bagi penduduk tempatan.

Namun, kejadian ombak setinggi kira-kira lima meter sehingga melintasi jalan raya utama di kawasan peranginan Pantai Teluk Lipat kira-kira jam 10 malam itu agak mencemaskan peniaga berdekatan kerana kawasan perniagaan mereka digenangi air laut sehingga mencecah kira-kira 0.25 meter.

ini adalah sebahagian berita dari akhbar sinar harian.......












semalam berkesempatan jugak la melihat di sepanjang kawasan pantai.....banyak sampah-sarap...kayu-kayan besar terdampar di tepi panta....ada juga kesan air di atas jalan....memang kebiasaanyanya macam ni lah kalau musim tengkujuh...tapi kali ini di katakan agak besar ombaknya...


so...kepada orang awam berhati-hati lah ketika berada di pinggir pantai pada musim sebegini....awasi juga tingkah laku anak- anak anda...jangan pula di biarkan mereka bermain di tepi pantai seorang diri tanpa pengawasan anda....hehe dah macam iklan keselamatan kan.....tibai je la.... selingan namanya....

apa kaitan dengan tajuk entri ini ye???

ombak rindu...rindu ombak....dan ombak besar....

ombak rindu....~merujuk kepada filem yang tengah hangat di tayangkan.....ye...aku dah tengok pun...tapi tidak lah mecapai tahap yang aku jangkakan.....mungkin lebih sesuai di buat series dari filem.....(x setuju???itu pendapat masing- masing.....hehe..x mau emosi terlebih2 ye)...terima kasih kepada sahabat tersayang auni dan wani yang bawak aku menonton filem ini...sebenarnya pada ketika itu aku hanya nak tengok ombak.....ye...aku rindu pada laut...bunyi ombak menghempas pantai...kicauan burung......ye...sebab tekanan pada itu...terima kasih korang...

rindu ombak - ye sebab dah lama sangat x balik kampung....dan tekanan yang di hadapi...aku rindu ombak....jadinya...terlerai la kerinduaan itu seketika bila tengok filem ombak rindu...hahaha...

ombak besar -yes...akhirnya dapat lihat sendiri laut dan pantai dungun ini dengan mata sendiri...merasai sendiri deruan angin dan kesegaran udaranya selepas ombak besar melanda kelmarin...alhamdulillaah...terima kasih ya ALLAH.......

semoga aku dapat merasainya lagi.....=)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS