Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Fenomena air pasang besar






salam dan selamat pagi semua...

semua sedia maklum yang cuaca sekarang berada dalam keadaan yang kurang baik...hujan lebat di tambah pula dengan fenomena air pasang besar di beberapa buah negeri seperti terengganu, johor,pahang, sabah, sarawak mengakibatkan kejadian banjir dan ombak besar melanda kawasan-kawasan berkenaan..

dah macam baca berita pula...hehe...

tapi memang betul pun kan....sekadar berkongsi kesan-kesan bencana alam ini...di Dungun , Pantai Teluk Lipat salah satu kawasan yang teruk dapat di lihat kesan dari fenomena ini... katanya fenomena terburuk untuk kali ini....sebagai penduduk sekitar kawasan ini, aku pun berpeluang melihat kesan-kesan fenomena ini...

hakisan tanah dari hari ke hari menyebabkan jalan raya semakin hampir dengan pantai sbelum kejadian...lepas kejadian banyak pokok-pokok tumbang, jalan raya runtuh.....ketinggian ombak yang menghempas pantai pun sangat tinggi ,..anda akan lihat nanti melalui gambar-gambar yang aku serta kan...

macam x selamat je bile lalu kat tepi pantai...separuh jalan pantai dah pun di tutup...operasi penambah baikan mula menampakan kelibat.....ramai pengunjung yang datang untuk melihat air laut.....yang kesian nye...peniaga-peniaga gerai sepanjang jalan pantai la....mana x nye...kedai diorang kena tutup la sebab jalan runtuh..

subhanallah....adakah ini petanda -petanda dari allah??? mugkin kah ini adalah tanda allah memberi peringatan kepada hamba2 nya????...fikir -fikirkan lah....


jom lihat gambar2.....


pantai dah dekat dengan jalan

pokok-pokok dah mula condong....

sebelum jalan runtuh....pokok-pokok sekitar dah tumbang

jalan dah runtuh sikit...
separuh jalan dah runtuh...satu laluan je boleh lalu....situasi yang membahayakan pengguna lalu lintas

 

runtuhan jalan...nampak x pagar oren tu..itu kawasan sekolah imtiaz...hurm..ada asrama...bahaya kan...
nie plak..kesan dari air naik...pasir3, sampah2,ada kayu-kayan...bangunan yg kat sebelah tu kawasan medan selera.... 

ombak waktu malam..setinggi tiang elektrik...
orang awam melihat keadaan ombak  

ombak melepasi benteng

menghempas jalan dan air dah membanjiri kawsan medan selera
 

benteng pun pecah.....

kerja-kerja pemulihan...


ni lah diaa...kesan-kesan fenomena air pasang besar.....dasyat kan....berhati-hati lah semua......=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Mengenali Wanita....

assalamualaikum warrahmatullah....

selamat pagi semua..hari nie hari ahad kan....apa plan korang?? pergi kelas, jalan- jalan, "window shopping"....ke berehat-rehat di rumah saja.....ikut lah mana satu pilihan hati ye...yang penting ...anda gembira....aku pulak...almaklumlah cuti...jadi nya berehat je lah hari nie....dah masuk 5 hari aku kat rumah...kalau keluar pun sekejap-sekejap sahaja....maklum lah cuaca tak mengizinkan...sekejap cerah, sekejap je dah hujan....dah musim....terima je lah....

hari nak kongsi sedikit ilmu pasal wanita... korang baca lah...dapat lah tambah ape yan kurang...tak rugi pun...


7 Panduan Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Jalan


1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan nampak tegak ketika berjalan

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.





********************************

Jadinye....yang mana satu kah anda wahai wanita-wanita di luar sana???....renung -renung kan lah......bagi lelaki pula....mungkin in boleh di jadikan salah satu kriteria dalam memilih pasangan hidup kamu..... Bukan untuk menjadi seorang yang pemilih...tetapi kadang kala..berhati-hati itu penting kan.....ye la....bukan semua orang "perfect"...tapi adalah baik untuk mencari yang lebih baik....


P/s: ape yang aku merapik nie,,,heh...layan je la ek...tapi info di atas amat berguna...sekurang-kurangnya...anda lebih mengenali diri sendiri ok.....
aku rasa...aku yang no 3dan 4..hehe...ULANGAN ...aku "RASA"...kalau korang rasa lain...itu pendapat korang la.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

hai....

sekadar ingin berkongsi....mungkin anda rasa dan pernah alami......mari kita kaji:


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.


6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.


10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.


11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.


14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.


15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.


16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.


18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.


19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!


20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.


21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.


22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.


Anda pernah alami???ha...itu mungkin tanda-tandanya.....hargai lah "INSAN' tersebut...bukan senang untuk bertemu dengan  mereka......hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ombak Rindu...Rindu ombak...ombak besar....


salam semua...

alhamdulillah ...segala puji Allah..selamat tiba di di kampung halaman a.k.a rumah keluarga ku di Dungun... rasenya dah lama tidak menjejak kan kaki ke sini...hampir 4 bulan..kali terakhir aku pulang pun pada hari raya adilfitri....selepas itu tiada lagi.....

bukan tidak mau pulang....bukan tidak rindu...semuanya kerana sesi pembelajaran ku....dan mungkin juga aku bukan seorang yang kerap pulang ke rumah bila berjauhan...hehe...alah bisa tegal biasa kata pepatah.....dah biasa merantau...semua tu dah lali....alhamdulillah walaupun berjauhan dengan keluarga..aku masih lagi mendapat kasih sayang ibarat keluarga dari sahabat-sahabat ku...memang tidak sama...tetapi cukup la untuk rasa di sayangi dan di hargai....terima kasih sahabat-sahabat dan juga pensyarah-pensyarah...

sampai je di Dungun,...perkara pertama yang nak sangat di buat selepas berjumpa ahli keluarga ialah........
*********



sabar ye.....





**********











suspen ye.....




ok lah.....ini dia.....



ombak.....yeah...sangat rindu pantai dungun..........

kalau tengok cantik je dari jauh...hehe..tapi rupenya ...kelmarin ombak besar melanda pantai dungun dan beberapa tempat lain di negeri ini...



Cemas ombak besar luar biasa

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 13, 2011

bencana3
TELUK LIPAT  - Kejadian ombak besar yang disifatkan tsunami kecil melanda perairan pantai Dungun malam kelmarin bukan lagi satu fenomena baru bagi penduduk tempatan.

Namun, kejadian ombak setinggi kira-kira lima meter sehingga melintasi jalan raya utama di kawasan peranginan Pantai Teluk Lipat kira-kira jam 10 malam itu agak mencemaskan peniaga berdekatan kerana kawasan perniagaan mereka digenangi air laut sehingga mencecah kira-kira 0.25 meter.

ini adalah sebahagian berita dari akhbar sinar harian.......












semalam berkesempatan jugak la melihat di sepanjang kawasan pantai.....banyak sampah-sarap...kayu-kayan besar terdampar di tepi panta....ada juga kesan air di atas jalan....memang kebiasaanyanya macam ni lah kalau musim tengkujuh...tapi kali ini di katakan agak besar ombaknya...


so...kepada orang awam berhati-hati lah ketika berada di pinggir pantai pada musim sebegini....awasi juga tingkah laku anak- anak anda...jangan pula di biarkan mereka bermain di tepi pantai seorang diri tanpa pengawasan anda....hehe dah macam iklan keselamatan kan.....tibai je la.... selingan namanya....

apa kaitan dengan tajuk entri ini ye???

ombak rindu...rindu ombak....dan ombak besar....

ombak rindu....~merujuk kepada filem yang tengah hangat di tayangkan.....ye...aku dah tengok pun...tapi tidak lah mecapai tahap yang aku jangkakan.....mungkin lebih sesuai di buat series dari filem.....(x setuju???itu pendapat masing- masing.....hehe..x mau emosi terlebih2 ye)...terima kasih kepada sahabat tersayang auni dan wani yang bawak aku menonton filem ini...sebenarnya pada ketika itu aku hanya nak tengok ombak.....ye...aku rindu pada laut...bunyi ombak menghempas pantai...kicauan burung......ye...sebab tekanan pada itu...terima kasih korang...

rindu ombak - ye sebab dah lama sangat x balik kampung....dan tekanan yang di hadapi...aku rindu ombak....jadinya...terlerai la kerinduaan itu seketika bila tengok filem ombak rindu...hahaha...

ombak besar -yes...akhirnya dapat lihat sendiri laut dan pantai dungun ini dengan mata sendiri...merasai sendiri deruan angin dan kesegaran udaranya selepas ombak besar melanda kelmarin...alhamdulillaah...terima kasih ya ALLAH.......

semoga aku dapat merasainya lagi.....=)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SeLamat Hari Lahir....



 
Happy Birthday to you Auni



Entri  khas buat sahabat tersayang yang telah menyambut ulang tahin kelahiran yang ke 23 tahun pada tanggal 25/11/2011bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia....beliau adalah:;


besday girls a.k.a si baju hijau @ Auni Izzati dan kembar nya wani...hehe 

walaupu  pada asalnya kami nak buat suprise, tetapi akhirnya KANTOI !!!! jua....haha...memang lawak rasenya...apa pun setidak-tidaknya berjaya walaupun x 100%.....thank kepada wani dan nad juga yang berkomplot menjayakan sambutan ini..haha...tp kita berjaya buat besday gurl mengalirkan air mata......yes.....(haha..gurau je ....).......ape pun wish you happy besday and semoga berjaya menemui Mr Right and berjaya jua dalam bidang yang di ceburi.....

Besday gurl sendiri yang nyalakan lilin atas kek (gara-gara terkantoi punya pasal)....


gembiranya dia...sesi menyanyikan lagu selamat ulang tahun....




tiup lilin.....
wah...sudah bertambah umurnya....Mr R x dtg ke? hua hua

ye....KAMI.....

egg tart....dan kek yang dah tinggal separuh....sedap kek nie...thanks to wani...
besday gurl bersama penulis...haha..
(ape lah mata pejam pula...)

apepun thanks kepada semua....hope lepas nie ada peluang sambut birthday korg2 plak....
Nantikan ape pula suprise nya....haha...semoga berjumpa lagi.....hehe..

.(mood: sedih tibe-tibe...korang dah nak hbs degree dah.....lambat lagi la nak jumpe lepas nie..ape nie sedih2...x cool la...adat dunia...ada pertemuan akan ada perpisahan...aku doakan semoga persahabatan kita semua kekal dan akan ada peluang untuk berjumpa lagi) ....

akhir kata:
~ selamat maju jaya semua.....
~ selamat menghadapi final exam ICSA buat diriku dan juga kawan2 ICSA yang lain......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
sumber: http://sitik.wordpress.com/2011/11/22/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun-hijriah/



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAREWELL ICSA 2011

salam...

Kembali membuka coretan usang ini..haha....memang x berkesempatan mengupdate blog ini...
namun..hari ini terpanggil untuk kembali mencoret...entri kali ini berkaitan majlis Farewell ICSA yg telah di selamat di jalankan oleh kami warga ICSA 1 untuk para pelajar ICSA 2 a.k.a senior kami....walaupun banyak masalah yang di lalui...namun...akhirnya semua berjalan lancar....

setinggi penghargaan kepada komiti saya yang terdiri dari sahabat-sahabat saya yang berpenat lelah menjayakan majlis ini...kepada senior....korang memang happening la.....rasa gembira sangat korang sporting and happy sepanjang majlis....tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang hadir antaranya PM Alagan, PM Alicia, Miss Sarina dan juga Miss Khamsi....walaupun cuaca tidak mengizin kan tapi semuanya dapat hadir dan menjayakan majlis ini...

Majlis: Farewell ICSA 2011
Tempat: Dataran Shah Alam
Tarikh: 21/11/2011
Masa: 8.00 malam -11.30 malam

Gambar -gambar yang sempat di rakamkan
Team ICSA 1
ICSA 2

ICSA 1& 2 dan Pensyarah2

pensyarah-pensyarah ICSA






Macam-macam menu ada...antaranya bihun goreng, makaroni goreng, satay, kek coklat, ayam goreng, dadih, makanan ringan dan banyak lagi...semuanya di bawa oleh kami untuk meraikan senior-senior....antara aktviti malam itu, perlawanan boling inter part dan tiup belon...memang hapening.....semuanya teruja untuk bermain ....hehe..memang salute lah kat korang...terima kasih banyak kerana sudi hadir dan happy walaupun ada banyak kekurangan dari pihak kami.....

thank you semua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat kembali......


dah lebih dua bulan blog ini bersawang.....hhehee....

alhamdulillah ...baru ada kesempatan menulis.....walaupun sebenarnya masih banyak benda yang perlu di selesaikan...

masih lagi bergelar pelajar...tetapi di peringkat profesional ini banyak memberi pengalaman baru....banyak yang perlu di pelajari dan di perbaiki....insyaallah...semuanya akan berakhir dengan baik kalau ada impian dan usaha yang cukup....

melalui minggu ini penuh kegembiraan tatkala....kawan2 lama kembali menjejak kan kaki ke fakulti utk menghabis semester akhir mereka.....memang seronok dapat bertemu semula...kerinduan terubat sejak 4 bulan tidak berjumpa....alhamdulillah....

minggu ini juga di lalui dgn debaran....mana tidaknya...bakal menghadapi test Corp.governance hujung minggu ini sebagai persediaan awal sebelum trial exam nanti....bukan nya x pernah menghadapi test.....haha....terasa kelainan pula untuk menghadapi test kali ini...aura profesional agaknya....yakin boleh!!!!


semoga berjalan dengan lancar semuanya....

salam aidilfitri....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seleksi kata- kata cinta...

 cinta tidak pernah meminta, 
       ia sentiasa memberi,
cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam.
 Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan,
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan
(Mahatma Ghandi) 

*****************
cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum,
sambil berkata: aku turut bahagia untuk mu.

********************

satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, 
ialah jangan menuntut agar kita di cintai, 
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan
(Dale Carnagie)

*******************

andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir

**************

jika kasih sayang telah mencapai batasannya, maka ia di namakan CINTA,
" CINTA adalah kasih sayang yang melimpah"
Cinta juga lebih istimewa di banding kasih sayang, 
sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang,
tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan CINTA.

************

hanya hati yang dapat menilai erti CINTA sejati.
Dengarkan kata hati dan
Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu
kerana ia adalah suci 
lahir dari kasih dan sayang.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7/7/2011 ~ ~ Episod baru bermula....

hai....esok satu lagi fasa baru bermula dalam hidup aku....nak tahu????

nantikan!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

buat renungan bersama......

 
Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda :

أحبوا الله لما يغذوكم به من نعمه وأحبوني لحب الله إياي

(yang bermaksud) : "Cintailah Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Dia telah mengurniakan kepadamu dengan kehendak-Nya, akan nikmat-nikmat-Nya, dan cintailah daku dengan sebab Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai daku"
...
(hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)
 
 *****************************************
al-'Allamah al-Habib Umar bin Hafizh :

أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ

(yang bermaksud) : "Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu."
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~26 /06/2011 ~ selamat ulang tahun yg ke 25......

gambar adalah hiasan semata-mata.......

SeLamat ULang Tahun yang ke 25 tahun.....


alhamdulillah...tanggal 26/06/11 yang lepas....maka genap la umur ku ke 25 tahun.......selamat hari jadi.....lalalala...

terima kasih kerana di beri peluang untuk terus bernafas di bumi ini.....
apa yang aku dapat????

macam biasa la ucapan2 selamat dari teman-teman di facebook dan telepon....hadiah????
dapat lagi ke????haha...xde pun...dah besar kan.....

hadiah paling berharga bila dapat :

*menamatkan pengajian on time (DEGREE)
* dapat sambung belajar profesional (ICSA)....

yea....dapat jumpe balik kawan2 di shah alam.....
semoga dapat berjuang bersama-sama.....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KenanGan Semalam bersama kalian.....part 2

Girl's talk about Ai Nante =)

selepas aktiviti Le Tour de Bukit Cerakah...kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan bersama...tempat yang di tuju adalah di pusat membeli belah di seksyen 9 (kalau x salah)....memang seronok "window shopping"haha...student la katakan...dah akhir-akhir nie duit pun kering jugak....sambil2 window shopping...ada jugak survey hadiah untuk hari ibu.....tapi tak jumpe...........kalau boleh semua kedai nak masuk....tapi tak semua la..... ape yang di beli???hurm...aku tak beli ape2...yang lain2 ada jugak beli cd dan macam....


berhenti seketika.......first time bergambar dekat shopping complex...hehe
 (fiza : juru gambar)

ini dia...cik fiza kita...(gambar di ambil oleh auni)

alamak..mata pejam pulak.....ape lah husna nie....

dah penat berjalan...perut pun lapar...so...kami singgah la di pizza...di sini lah bermulanya penceritaan tenetang "Ai Nante".......macam mana boleh terkeluar cerita nie ek kawan2??????dah lupa plak.....
mungkin sebab masa terluang sementara menunggu makanan sampai......

masa nie ...ingat lagi tak...semua macam pesalah je di soal siasat......akhirnya semua lah membuka cerita.....ada jugak yang tak sangka.......tp tak boleh la nak bercerita kat sini...biarlah rahsia....haha....siap buat top 5 lagi......(kawan2 ingat lagi x???????)haha.....

yeah..makanan dah sampai....ape yang wawa tenung tue????

aku pun kena terjah jugak....masa untuk menyelamatkan diri......alamak.....tak bleh la......diorang dah dapat dah.....

manisnya senyuman cik aidah kita nie...hehe...jangan mare...

lepas makan je....kitaorang bersurai...siap salam depan shopping complex lagi....haha...mesti orang tengok pelik...x pelah...bukan buat salah pun...

so...entri tertangguh berakhir disini.......korang memang happening lah......semoga berjumpa lagi......


p/s: trip to Dungun ape cite?????




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KenanGan Semalam bersama kalian.....part 1

Entri tertangguh 1:  Le Tour De Bukit Cerakah.....(8/5/2011)
 **************************************************

 salam......kini kembali mencoret ...

hari-hari terakhir di alam pengajian memang meninggalkan kenangan manis bersama rakan-rakan......ku kira ramai yang merancang pelbagai aktiviti untuk dijadikan kenangan terakhir bersama rakan-rakan......ada yang bercuti ke pulau, melancong, bekhemah, dan bermacm-macam lagi.....

kali ini aku kembali berkongsi cerita mengenai pengalaman di alam pengajian yang telah berakhir hampir sepurnama yang lepas...masih terimbau lagi pengalaman yang manis ini ku kira..... berlaku sehari selepas peperiksaan akhir kami iaitu 8/5/2011....

walaupun perancanganya di buat tergesa-gesa...namun ianya berjalan dgn jayanya,.....hehe
kami pergi berenam......(nad, wawa, aidah, fiza, auni dan aku...2 lagi amal dan wani tidak dapat bersama kami)...tempat yang di tuju adalah Taman Pertanian Bukit Cerakah....


perginya dengan menaiki kereta yang di pandu wawa dan penumpang-penumpangnya mestilah kami (fiza,aidah,auni dan aku)....nad pulak memandu keretanya sendiri......sesampainya di sana kami agak terkejut...tidak sangka pula ramai pengunjung rupanya......ohhhh...ya...hari ibu....patutla ramai keluarga yang datang ke sana......agaknya meraikan ibu-ibu tersayang.....

agak lama juga menanti ketibaan nad.....hampir pukul 9.30 pagi baru kami masuk...rupanya nad lambat gara-gara memasak bekalan makanan untuk kami.....terima kasih nad.....hehe....kesian kamu .....


memulakan penjelajahan dengan berjalan kaki...walaupun matahari sudah mula membahang.....hehe...dah lama tidak beriadah.....haha.... gambar peta diatas menunjukkan lokasi tempat-tempat yang boleh kami lawati......menarik.....(mampu ke nak menjelajah semuanya...hehehe...nantikan....)
 
ini lah kami... (credit to camera women : auni) diawal perjalanan

mula memasuki taman haiwan......

sempat la mengambil gambar landak dan rusa..... haiwan yang mula- mula di lawati adalah burung kakak tua (pandai bercakap...tp x ingat nama dia).....lepas tu melawat encik landak......landak tidak melancarkan duri-durinya kepada pemangsa  seperti dalam cerita2 dan anggapan kita....hehehe


bergambar di kandang rusa.....dalam banyak-banyak rusa dalam ni...ada seekor je yang masih ada tanduk yang bercabang2...ada juga yang tanduknya sudah di potong....

ini pulak gambar candid.....x perasan bila diorang ambil....berhenti rehat seketika......

sesi makan-makan makanan yang di masak oleh nad......thanks nad....tayangan video juga di lakukan....semoga ia jadi kenangan manis kawan-kawan...... sebelum nie kami melawat encik kuda......("kuda nie hensem la" kata-kata salah seorang dari kami...x ingat siapa).... sepanjang berehat di sini ...ada jga kami di sapa oleh pengunjung-pengunjung taman ini yang sedang menjalani aktiviti explorace yang mencari seekor burung berwarna putih....hehe orang jepun pun ada....


ini pulak di jambatan gantung yang di tutup.....haish...kempunan nak jalan kat atas nie.....xpe lah....dapat bergambar pun kira ok lah...


ini pulak ...nak pergi melawat mr&mrs merak kat atas sana....yang lain-lain dah sampai atas....hehe.yang kelakarnya....merak tu tak nak kembangkan bulunya masa kami kat atas....sedangkan sebelum kitaorang sampai...pengunjung lain ada kat sana...merak tu kembangkan bulunya.....
macam2 la kitaorang buat nak suruh dia kembangkan bulunya....siap bergaduh lagi......akhirnya kami pun berputus asa.....jadinya kami turun la.....ada pengunjung lain yang naik....merak tu kembangkan bulunya.......hangin btol.....haha...xpe lah cik merak......


nie gambar setelah keluar dari taman ini....x larat dah....panas sangat..
walaupun x dapat menjelajah seluruh tempat....namun kami berpuas hati...



p/s: akan datang.....aktiviti berbasikal akan kami lakukan....(tapi x tau bile)..hehehe

ok..sampai disini dulu..... bersambung nanti....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS